Putera Wales Charles_III

Ratu Elizabeth secara rasmi mengangkat Charles sebaga Putera Wales dengan memahkotakannya Mahkota Putera Wales

Ratu Elizabeth II dengan secara rasmi mengangkat paduka puteranya sebagai Putera Wales dan Earl Chester pada 1958 walaupun istiadat pengurniaan tidak mengambil tempat sehingga 1 Julai 1969. Ia merupakan sebuah upacara istiadat yang dilangsungkan di Istana Caernarfon di utara Wales, tempat gelaran "Putera Wales" diciptakan pada kurun ke-13. Dulunya, istiadat pengurniaan dilangsungkan di berbagai tempat termasuk Istana Westminster, tempat duduk Parlimen dan Pekan Wales. Swansea, dikurniakan status 'bandar' untuk menandakan peristiwa ini.

Istiadat pengurniaan juga telah membangkitkan permusuhan di kalangan nasionalis Wales dan mereka mengancam untuk melakukan keganasan dan pengeboman semasa upacara tersebut, walaupun ancaman ini lebih berkait dengan kempen mereka untuk memerdekakan Wales dan juga hak lebih besar untuk bahasa Wales. Dua anggota kumpulan nasionalis, Mudiad Amddiffyn Cymru telah cuba untuk melancarkan bom sehari sebelum upacara pengurniaan, tetapi mati akibat percubaan mereka.

Pada lewat 1970-an, Putera Charles menjadi anggota diraja pertama selepas Raja George I untuk menghadiri sebuah mesyuarat Kabinet atas undangan Perdana Menteri Parti Buruh pada masa itu, James Callaghan supaya dia dapat mengetahui akan tugas seharian kerajaannya.

Pada awal 1980-an, Charles telah meluahkan keinginannya untuk menjadi Gabernor-Jeneral Australia. Namun pada masa ini, pandangan rakyat Australia adalah hanya orang Australia sahaja yang seharusnya layak dijadikan Gabernor-Jeneral dan oleh itu hasrat Charles tidak kesampaian. .